Jun 21, 2012

Satu kata seribu makna


Kata orang kehidupan ibarat roda, ada masa turun naiknya. Cuma kadang-kadang apabila berada di bawah, terasa seakan-akan masa terhenti seketika. Entah bila berputar semula.

Sabar ada seribu lapis maknanya seperti bawang yang berlapis-lapis kulitnya. Setiap kali sesuatu yang baru menimpa, terurai satu pengertian daripada satu lapisan.

Kerana itu perlu diurai lembut dan perlahan-lahan, agar percikannya tak terkena di mata menyebabkan pedih tak terkata. Ada perkara tak difahami segera, tapi lebih jelas di kemudian harinya.

Itu baru kulit bawang, pedih mata sudah tak terbilang. Belum lagi menghadapi kematian, yang digambarkan sekurang-kurangnya seperti kulit sendiri disiat perlahan.

Mungkin roda seperti terhenti seketika supaya kita dapat lebih bersedia? Kerana bukankah selalunya saat kita sempit lebih kita dekat dengan Allah berbanding saat kita gembira?

No comments: