Janji kepada diri sendiri ialah sesuatu yang mampu untuk terus menjadi sesuatu yang tersembunyi. Dan mungkin juga tidak perlu dipenuhi lantaran tiada kesan pada pandangan dan kepercayaan orang lain terhadap diri.
Cantiknya perkara yang tersembunyi ialah tentang bagaimana ia mampu dipelihara dan ditumbesarkan tanpa sebarang gangguan. Tidak terhimpit oleh ikatan masa atau buah mulut manusia. Janji pada diri itu sunyi dari ungkitan atau gesaan, sepi dari umpatan atau sindiran.
Kerana cantiknya kerahsiaan itu, apabila mampu dipelihara, maka lebih terserlah keperibadian mereka yang mampu menepatinya. Tidak sama mereka yang mampu berlaku jujur kepada diri dengan mereka yang selalu ditipu hati.
Tak perlu rasanya untuk kita cuba kenal orang lain siapa yang mampu tepati janji dirinya atau siapa yang selalu tipu hatinya sebab hati kita sendiri menagih-nagih janji yang selama ini kita beri.
Tapi sebanyak mana pun beria, kadang-kadang kena tunggu juga kerana wangnya masih belum ada.

2 comments:
Bapa inggit basikal kuning tu.
Cara anta tanya macam bapak nak belikan kat anak.(Hopefully)
Tiga ratuih lebih tapi tokei tu diskaun bagi dua ratuih lapan puluh ringgut.
Post a Comment