Jan 22, 2010

Setitis dari lautan


وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَـنُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِى السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ
Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua: ""Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu."" Maka setan menjadikan dia lupa mengingatkan kepada tuannya. Karena itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya
(Surah Yusuf: 42)

Mungkin ramai dari kalangan pembaca sudah pernah mendengar dan tentunya lebih arif tentang tafsiran ayat di atas yang dipetik dari Surah Yusuf ini. Anggap sajalah ini sebagai pengulangan yang semoga ada keredhaannya di sisi Allah.

Di sini saya cuma ingin berkongsi tentang beberapa pandangan ulama’ mufassirin tentang ayat

فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَـنُ ذِكْرَ رَبِّهِ
Maka setan menjadikan dia lupa mengingatkan kepada tuannya

yang saya petik dari kitab I’rab Al-Quran Al-Karim Wa Bayanuhu daripada Sheikh Muhyiddin Darwish.

Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai tafsiran ayat ini kerana perbahasan dari sudut ilmiahnya yang sangat menarik. Diharap agar dengan perkongsian ini akan lebih menambah kecintaan kita kepada ilmu dan sentiasa mencari jalan untuk memuaskan kedahagaannya.

Kerana sesungguhnya rasul-rasul tidaklah mewariskan dinar atau dirham melainkan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk dicedok dan diamalkan. Semoga dengan pertambahan ilmu akan menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah.

"Sesiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah di dalam hidayah hanya menambahkan kejauhan dari tuhannya"
(Musnad Ahmad)

"Sekali kecelakaan kepada orang yang bodoh kerana dia belum memperolehi pengetahuan tetapi beribu kali kecelakaan kepada orang terpelajar kerana dia tidak bertindak sesuai dengan apa yang dia pelajari"
(Imam Al-Ghazali)

Terdapat dua pandangan berbeza mengenai tafsiran ayat di atas disebabkan kesamaran dalam penisbahan dhamir (hu) dalam kalimah ‘faansahu’ dan (rabbihi) dalam kalimat ‘zikra rabbihi’.

Kebanyakan mufassirin termasuk Ibn Kathir menafsirkan bahawa yang dilupakan syaitan ialah penyedia minuman dan ini merupakan tafsir yang rajih. Mereka mengemukan hujah bahawa para rasul tidak akan dipengaruhi oleh hasutan syaitan.

Hujah ini dijawab oleh pihak mufassirin lain dengan mengatakan bahawa Nabi Yusuf mengalami kelupaan dan kelupaan ini dinisbahkan kepada syaitan sebagai satu majaz (metafora) sahaja. Dijelaskan lagi bahawa rasul-rasul tidak maksum dari kelupaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

إنما أنا بشار مثلكم أنسى كما تنسون، فإذا نسيت فذكروني

"Aku hanyalah manusia seperti kamu, lupa sebagaiman kamu lupa, sekiranya aku terlupa maka ingatkanlah aku"

Namun hujah ini dijawab kembali oleh rajih mufassirin dengan menjelaskan bahawa tiada dosa bagi kelupaan. Jika sekalipun yang dilupakan syaitan ialah Nabi Yusuf, maka kelupaan itu tidaklah sehingga menyebabkannya menerima hukuman untuk kekal seterusnya dalam penjara untuk bidh’a (3-10) tahun.

Hujah ini dijawab kembali dengan mengatakan bahawa maksud kelupaan di sini ialah ‘meninggalkan’. Yusuf dikenakan hukuman kekal dalam penjara atas sebab cuba mencari perlindungan selain Allah iaitu meninggalkan pengharapan kepada Allah semata. Seterusnya ditambah lagi dengan mengatakan bahawa sambungan ayat tersebut iaitu:

فَلَبِثَ فِى السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ
Karena itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya

menyokong bahawa dhamir (hu) pada ayat sebelum ini menunjukkan kepada Yusuf.

Rajih mufassirin juga membawakan ayat yang berikutnya dari surah Yusuf iaitu ayat:

وَقَالَ الَّذِى نَجَا مِنْهُمَا وَادَّكَرَ بَعْدَ أُمَّةٍ
Dan berkatalah orang yang selamat di antara mereka berdua dan teringat (kepada Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya..
(Surah yusuf: 45)

yang menyokong kenyataan mereka.

Perbincangan tentang ayat tersebut di dalam kitab ini seterusnya berhenti di sini.

Satu perkara yang sangat mengagumkan tentang perbincangan ini semestinya pada sudut mu’jizat Al-Quran itu sendiri yang memungkinkan pelbagai tafsiran terbuka kepadanya walaupun masing-masing ulama’ telah mengemukakan dalil-dalil yang semestinya sahih dan menepati logik akal.

Seharusnya kita sebagai makhluk Allah merasa kerdil atas kelemahan diri kita disisiNya dan berusaha untuk melengkapkan lagi peribadi dengan pelbagai kelengkapan tidak kiralah dari sudut keilmuan, kerohanian, kekuatan fizikal dan sebagainya.

Saya tidak pasti sama ada kitab ini sudah diterjemah ke bahasa lain ataupun tidak tapi untuk versi bahasa arab boleh dimuat turun atau dibaca online di sini.

Saya sendiri masih belum dapat memuat turunnya kerana ruang dalam komputer sudah penuh dan saya masih dalam proses mengumpul wang untuk membeli external hard disk yang baru.Ini antara buku yang mungkin akan saya beli di Ma'radh Kutub (Pameran kitab) nanti jika harganya berpatutan.

Harap teman-teman yang dapat memahami bahasa Arab dapat merujuk kembali kitab tersebut kerana mungkin terdapat kesalahan pada terjemahan saya.

Semoga ada manfaatnya insyaAllah.

7 comments:

rosso said...

kat maradh kutub ada jual buku terjemahan ke indonesia or malaysia ke.

mohamed alfatih said...

X perasan pulak waktu g tahun lepas. Kalau ade pun x banyak kot.

Lebih banyak buku English dan Arabic. Tahun ni xtau camne.

Novel Sidney Sheldon yg 2nd hand pun ade gak kalau nak suruh beli. Hehe

Unknown said...

hilman,

bile nak balik? ana nak pg mesir wat bahasa arab gak, nak mintak enta kongsikan pengalaman skt, biar sungguh2 nak pg...

bestnya dapat baca buku bahasa Arab. Tapi apa yg ada sekarang adalah yang terbaik.

ahmad aqif said...

salam,

i have no other means to contact you. how life is treating u well. do update me as soon.

mohamed alfatih said...

Tiqi:
Most probably in October.

Untuk sekarang ana rasa lebih baik anta kumpul duit bebanyak dulu dan pada masa yang sama belajar asas-asas bahasa arab di Malaysia dulu.

Ana mula dari kosong kat sini dan tak recommend macam tu sebab agak mengambil masa. Sekarang pun x reti sangat. Ana boleh baca kitab ni dgn bantuan cikgu ana gak yg terang.

Kalau just nak belajar bahasa arab better g negara lain spt madinah, jordan atau yaman ke. Bahasa arab lagi kuat sana. Tapi kalau memang nak datang sini silekan je huhu.

Adham:
Salam

I'm great alhamdulillah. You could always email me.

Hope you're doing great as well.

b_ridhuan said...

somehow..
between the lines..
i found the sense of you,
that i used to know

mohamed alfatih said...

I know, I'm as glad as you are.

Very thankful to Allah indeed for his blessing of allowing me to start everything all over again after all these years.