May 12, 2009

23

Aku tidak bagus dalam mengingati hari kelahiran, mahupun berbahasa Melayu dengan sempurna. Aku mungkin mengucapkan selamat pada tahun ini dan langsung lupa pada tahun selanjutnya. Aku mungkin memberi hadiah kali ini dan membuat salah pada lain kalinya. Bukanlah kerana aku tidak ingat akan tarikhnya, namun apabila harinya menjelang, aku jadi lupa. Aku pun tak mengerti dan jujur kuharap tak terjadi.

Jangan muntah dahulu kerana aku baru memulai kata.

Tarikh kelahiran yang paling kuingat ialah tarikh kelahiran kakak keduaku 6 Oktober 1973. Setiap tahun aku akan cuba paling kurang untuk mengirimkan khidmat pesanan ringkas pada hari istimewa tersebut kepadanya. Namun saban tahun berlalu, aku masih mencuba untuk mencuba kerana bertepatan pada harinya, minda selalu terisi dengan perkara lain atau tidak langsung beroperasi untuk bisa menjelmakan dalam fikiran, satu ingatan berpaut kebahagiaan buat dia yang kucinta. Lantas melupakanku sebagaimana syaitan melupakan Musa.

Ironi. Melupa kerana terlalu mencinta.

Namun cinta terhadapnya tak pernah kurang dan hubungan kami tidak pernah renggang di sebalik kekhilafanku. Dia tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat padaku sebagaimana aku tidak pernah ingat melakukan yang sama terhadapnya.

Justeru aku mencapai satu kesimpulan – yang kalian tidak perlu bersetuju dengannya – bahawa mengingati hari kelahiran ialah satu kebaikan jika ia mampu menyuburkan kasih sayang dan meneguhkan ikatan persaudaraan, dan bukanlah satu kesilapan untuk menyambutnya atau melupainya. Hubungan yang sejati tak terukur dengan hanya menggunakan skala mengingati hari jadi.

Namun apa yang lebih penting ialah apa yang ada dalam hati, yang tak pernah berubah walau zaman terus meniti – cinta, dan ketulusan untuk mencintai.

Dan untuk itu, kemasukan ini, hari ini, adalah untukmu, sahabatku – yang hari ini aku meneroka satu terra incognita baru; berbahasa Melayu secara penuh– hanya kerana kamu.

Selamat hari lahir ‘bulan kemuliaan’ku. Semoga Lailatul Qadar selalu menjengahmu. Semoga kamu menjadi lebih dewasa dan mampu menggapai bintang yang kamu sering palingkan wajahmu terhadapnya (ku maksudkan cita-cita bukan si anak dara) dan moga seiring itulah jua redha Allah bersamamu dan bersama persahabatan yang kita bina.

Selamat menghadapi peperiksaan esok dan hari mendatang.

"Kejar pelangimu sampai ujung dunia...jangan pernah menyerah"
~Lintang, Laskar pelangi

Bersabarlah. Kita akan ketawa suatu hari nanti pada hari-hari yang kita lalui hari ini.

Andai aku melupai hari ini pada tahun seterusnya, ketahuilah itu bukan bermakna aku melupuskan kamu dari sudut terbaik dalam diriku.

Sekarang, silalah ketawa kerana aku sudah kehabisan idea.


mogabahgia.mp3 -

Ku tujukan lagu ini
Buat penghibur hati sanubari
Ooo. Moga mendapat keredhaanNya
Moga teguh iman yang bertakhta di hati

Bila masa meragut usia
Bila waktu tak kenal siapa
Setiap saat itu
Pastikan berharga nilainya

Bila disapa oleh wajah dunia
Menagih kasih belaian manja
Usahlah terpedaya
Kau masih berupaya
Mengharap iman dipelihara

Selamat hari lahir
Semoga berbahgia selalu
Ku doa sejahtera
Kan selamat di dunia
Dan jua di akhirat
Damai selamanya

Teman, ku doakan kau sejahtera
Di dunia dan akhirat
Selamanya...

7 comments:

Anonymous said...

Terharu...

mohamed alfatih said...

;)

t..... said...

utk ana nta tak pernah igt pun
huh...

mohamed alfatih said...

besday awal taun susah nk igt la..sebok dgn azam baru ngeh3..yela2 nanti balik ana blanja makan nasik ayam kedai seblah klinik ayah nik..kui3

t.... said...

ana pn igt besday nta...9.2.
boleh tade masalah nk blanje...asyir mangga pn okay
haha..

alJabal said...

never realize sedap rupanya lirik lagu moga bahgia ibad tuh. lagu dh sedap, baru perasaan lirik lebih best. mmg ada bakat tersepit yg perlu dilepaskan...

:)

it's fair la, we never remember both of our dates. hehe

mohamed alfatih said...

t:
asir mangga? boleh2

aljabal:
sedap, lemak berkrim. bukan x remember, tau pun x ngeh3..