Sep 2, 2008

Alleviation

Selain daripada Khubaib ialah Zaid bin Dathanah. Apabila ia diiring
keluar dari kawasan Masjidil Haram untuk dibunuh, berkumpullah beberapa
petualang-petualang Quraisy di sekeliling beliau termasuk Abu Sufian bin Harb.

Abu Sufian bertanya kepadanya
“Demi Allah, wahai Zaid aku ingin bertanya kepadamu adakah engkau suka Muhammad menggantikan tempatmu di sini untuk kami penggal lehernya dan engkau sendiri berada sesama keluarga engkau?”

Beliau menjawab:
“Demi Allah, saya tidak suka sama sekali Muhammad di sini atau malah di tempat lain, walaupun sekadar ia dicucuk oleh duri padahal aku duduk bersama keluargaku.”

Kemudian Abu Sufian pun
berkata;
“Aku tidak pernah berjumpa orang-orang yang sayang kepada seseorang seperti sayangnya sahabat Muhammad kepada Muhammad.”

***

Apabila orang ramai menasihatkan beliau (Imam Ahmad) supaya segera
meninggalkan negeri menyelamatkan diri daripada tangkapan penguasa, beliau
berkata:—
“Demi Allah saya tidak akan lari dan tidak akan bersembunyi. Kami sebenarnya baru dipermulaan jihad. Kami masih belum melakukan apa-apa. Aku telah bertekad untuk menanggung apa saja dalam penjuangan ini. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan orang yang sabar.”

(Extracted from Fathi Yakan's Bahtera penyelamat)
-----------------------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu."
(Muttafaq 'alaih)

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya, maka akan diampunkan baginya segala dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang bersama imam sehingga dia selesai, maka ditulis baginya pahala menghidupkan malam keseluruhannya.”
(At Tarmizi)

Ahlan ya Ramadhan

No comments: