from someone..
manusia telah berubah. Di sebalik wajah-wajah ceria mereka, walau pun nampak macam orang-2 lain yg biasa saja, syukurlah mereka tidak 'diMatSallehkan', tapi, mereka bukan lagi budak kolej yg tak bernilai apa-apa. Mereka bukan lagi budak-2 yg hanya main-2 dan tak tahu ke mana sebenarnya nak tuju dalam hidup. Mereka semuanya telah berubah. Bukan hanya kerana usia makin dewasa. Tapi ada sesuatu yg menjadikan mereka orang-orang hebat. Mereka hidup dengan kemuliaan dan membawa kemuliaan ke mana saja mereka pergi.
Hari ini mereka benar-benar telah menjadi manusia yg lain. Manusia yg jauh dari jangkaan kita semua. Walau pakainya mungkin sama seperti dulu, tapi jiwa mereka tidak begitu. Mereka sendiri barangkali tidak pernah menyangka apa yg menimpa diri mereka hari ini. Tuhan sayangkan mereka.
Bagi seorang pelajar melayu di luar Negara hari ini, hidup dengan budaya Barat seperti Mat Salleh adalah satu perkara atau amalan biasa. Pakai makan ala Barat, hidup sebumbung laki perempuan luar nikah, berhibur di kelab malam, kelab tarian, berparti dll bahkan keperluan.
Alhamdulillah, Tuhan sayangkan mereka. Mereka terselamat dari itu semua. Bahkan, mereka adalah bukan sekadar manusia Islam biasa yg pergi ke universiti, belajar, solat 5 waktu dan puasa Ramadhan. Bahkan lebih dari itu.
"HIDAYAH DATANG DAN MELANGGAR KAMI"
Barangkali itulah ucapan yg akan mereka sebut jika ditanya. Mereka bagaikan muallaf. Merasakan diri terlalu baru kpd Islam.
Tuhan sayangkan mereka. Perantauan ke Negara bukan Islam tidak memBaratkan mereka, bahkan menemukan mereka dengan hidayah dan agama Tuhan yg sebenar.
"lebih kurang 20 tahun kami hidup dalam JAHILIAH walau kami mengaku Islam, kini kami hanya mahu hidup dengan system Islam yg sebenar sebagai cara hidup.
Islam dan jahiliah, islam dan hawa nafsu, tidak mungkin bersatu".
mereka adalah bukan sekadar manusia Islam biasa yg pergi ke universiti, belajar, solat 5 waktu dan puasa Ramadhan. Bahkan lebih dari itu. Mereka adalah orang yg memperbaik diri sendiri dan penyeru orang lain kpd kebenaran Islam, mereka adalah pemimpin-pemimpin pelajar Islam, mereka adalah pelajar cemerlang pelajaran yg sedar bahawa kecemerlangan adalah tuntutan Islam, mereka adalah contoh teladan akhlak kepada masyarakat, mereka… dan mereka melakukan banyak hal lagi untuk Islam yg dikatakan baru dikenali itu, seolah-olah mereka baru dilahirkan semula.
Benarlah kata-kata saidina Umar, manusia ini bak logam. Dalam tanah, ia hebat, perlu usaha kuat untuk mengelurkannya. Di luar tanah, apabila telah dibersihkan, digilap, ia akan menjadi logam yg bersinar, kuat dan kukuh. Masa jahiliah, seorang manusia itu hebat, tetapi apabila ia Islam, setelah digilap, ia juga akan hebat. Kehebatannya tidak hilang.
Kalau dulu zaman jahiliah, barangkali mereka adalah hebat dan juara dalam hal jahiliah dan hawa nafsu, seperti hiburan melampau, foya-foya dengan perempuan,
Pengunjung kelab-kelab sosial dan hiburan, lagu, artis, konsert, movie, pawagam dll. Kini, zaman Islam selepas di langgar hidayah di luar Negara, mereka juga adalah orang-orang hebat yang kuat memperjuangkan Islam dan anti jahiliah.
Bagi sesetengah orang, mungkin seolah-olah pelik, tapi demi mempraktikkan Islam yang sebenar; bagi mereka tidak pelik. Bagi mereka, tidak pelik untuk solat 5 kali sehari BERJEMAAH, merentas sejuk empun padang jam 4 pagi utk ke masjid Subuh, memboikot Israel, Amerika dan sekutunya, mengambil tahu isu umat Islam setiap hari dari berita dan internet (ie Palestin), tidak menerima pergaulan bebas (ie bercampur gaul lelaki perempuan dalam hidup seharian, ber'boyfriend/girlfriend', konsert), tidak menerima pembukaan aurat wanita (ie tidak menonton TV/movie yg pamer aurat, tidak menampal potret wanita dll, tidak mendengar lagu-lagu nyanyian wanita), tidak membuang masa (lepak di shoping complex, main game, pawagam dll, mendengar lagu-lagu cinta dan karut).
Pendek kata, mereka cuba mengubah kehidupan 180 degree dari jahiliah kpd Islam. Mereka berpindah dari komik dan majalah karut kpd membaca buku-buku Islam, mereka mengkaji sejarah Islam, mereka cuba mengenali sahabat-sahabat lebih dari mengenal artis-artis, mereka memilih hiburan, lagu dan movie-2 Islam. Mereka menggunakan segala teknologi dan kepakaran utk Islam. Mereka bersama arus perjuangan Islam, mendokong Palestin dan menentang Israel. Mereka adalah orang-orang yang merasai kemuliaan hidup dgn Islam. Mereka adalah orang yang lebih mementingkan orang lain dan masyarakat dari kepentingan dan kemewahan diri sendiri. Mereka adalah orang-orang yang sayang dan melayani saudara seagama mereka sama seperti mereka sayang diri sendiri. Begitulah indah prinsip persaudaraan mereka.
Begitu indah kehidupan mereka, orang-orang yang diselamatkan Tuhan dengan hidayahnya. Mereka bukanlah ustaz. Tapi mereka hanyalah orang-orang Islam yang sedar tujuan eksistensi dirinya di dunia dan hanya mahu hidup sebagaimana Islam sepatutnya.
Mereka adalah ruh-ruh baru dalam umat ini. Semoga perjuangan mereka diredhai Ilahi, beserta kita, setidaknya dapat menumpang sekaki.
and i do believe it's true..
or probably because i knew..;)
3 comments:
alhamdulillah.. sometimes i wonder myself, what have i done to deserve such hidayah from Allah. i was the definition of jahiliyyah back in Malaysia.. hopefully istiqamah in striving to be a better Muslim. tp, don't quite understand the title of the post.. rose = mawar or rose = past tense of rise? it doesnt really matter.. tp pening gak pikir.. huhu..
rose=mawar
full sentence:
"A rose by any other name would smell as sweet"
meaning:
A thing is what it is, not what it is called
same goes to islam..
terrorist,extremist etc..
there seems a lot of labelling lately but the "sweetness" will continue to be felt despite the bad names given..
to turn 180 degrees sounds interesting, but the work it takes is like integrating from point zero to infinity
Post a Comment